-->
memory of mine ! :)

- Assalammualaikum Dunia -

my music

my status

Current updates:
La Tahzan, InnAllahu Ma'ana - Jangan bersedih, Allah bersama kita



Instagram

Saturday, 27 July 2013

Andai itu TakdirNya

aku tertarik dgn novel nie.
"Andai itu TakdirNya" karya Siti Rosmizah novel penuh dgn air mata.
tetapi kisah rumahtangga dorg nie sweet sgt.
suami dia takleh hidup tanpa isterinya di sisi :')
aku sendiri menangis baca novel nie.


act, novel nie akak aku yg hadiahkan sbb aku teringin nk baca novel nie
so dia balik dr Angsana dia bg aku novel nie.
thanks akak :)


tebal kan? ada 588 muka surat HAHA
aku baca dlm 4 hari laa kiranya.
aku harap novel nie akan di adaptasikan sbg drama.
teringin nk tgok.


kisah nie antara Nur Aleya dgn Syed Aizril
keegoan dan panas baran seorang lelaki yg menyebabkan musnahnya dan penyesalan kpd Aizril dlm rumahtangga mereka
pada dasar hatinya Aizril sgt mencintai Aleya ttp dia terlalu ego dan mengatakan dia tidak mencintai Aleya.

bila aku baca novel nie, aku dpt tau lelaki yg betul betul mencintai wanita itu lelaki tu tak boleh hidup tanpa perempuan itu walau apa pon terjadi antara mereka kerana wanita yg dicintainya itulah yg memberi semangat dan penyokong dalam hidupnya :')

nie sinopsis novel "Andai itu TakdirNya"


Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."


"Andai itu takdirNya yg harus ditempuhi sebelum menggapai bahagia,
aku redha atas ketentuanNya" :')

Aleya sgt setia pada Aizril :)

"perempuan jangan BANGGA melayan ramai lelaki kerana sama seperti BARANG MURAH kerana barang yg murah mmg ramai pembelinya" -UAI-

my favourite novel ever after :)

story by NH :) at 11:39 0 comments

Friday, 19 July 2013

dunia dunia


sahabat tak serupa seperti kawan baik, kawan rapat atau sebagainya.
sahabat ada waktu kita susah dan senang.
sahabat yg baik dia ikhlas dan selalu mendengar dan menasihati kita apabila ditimpa masalah,
  • Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.
  • Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.
  • Ikhlas dalam Persahabatan tanpa ada niat lain atau mengharapkan balasan.
  • Persahabatan diwarnai dgn berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti, diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak, namun semua ini tdk pernah sengaja dilakukan dgn tujuan kebencian”
  • Hargai dan peliharalah selalu persahabatan kita dgn mereka. kerana seorang sahabat adalah lebih dekat daripada saudara sendiri.
aku mudah percayakan org. lagilagi sahabat aku.
ramai ckp aku terlalu baik dgn org lain tak kene tempat sampai aku pernah dipijak kepala.
tp bila sekali aku percayakan dia buat baik kat dia apabila sampai dia membalas dgn kehinaan 
dan cacian sekali dua aku mampu maafkan dan bersabar, tp kalau selalu memandang buruk pada 
aku mmg selamanya aku takkan lupakan setiap kata kata dan aku tkkan pernah percaya kata kata dia.
sekarang aku kena berhati hati , buat baik dgn orang berpada pada jgn sampai dia pijak kepala
ibu, fakhrur, kwn kwn, "pesan tengok dgn siapa kita perlu berbaik, jgn smpai baik dgn org yg salah"
"kalau nk org hormat dia, dia kene hormat org dulu"
"kalau dia burukkan kita mcm mcm, rasa hormat tuk dia tkde lg buat aku 
ingat lah kawan kawan, bila kita nk berbaik pada seseorg lihat siapa dia, jika kita buat baik mcm mana pon dia tetap memburukkan kita, baik itu simpan utk org yg lebih layak.
sahabat lah yg paling layak kita hormat dan berbuat baik kerana sahabat yg ikhlas dan baik takkan pernah mengkhianati.



dan dunia ini sentiasa berputar seperti roda.
siapa yg berbuat jahat kepada org lain kelak dia akan terima balasan drpd Allah,jgn pernah gembira atas penderitaan org lain yg kita sakiti kelak kau akan rasa bagaimana org tu merasa sakitnya.
org yg bersabar dan ikhlas atas perbuatan kamu terhadapnya adalah org yg kuat.
suatu hari dia akan terima hikmah yg tak dijangka drpd Allah.


yess aku pernah rasa disakiti, "mereka" *rahsia*  gembira atas kesedihan aku tp aku terus bersabar dan ikhlas biarkan "mereka" gembira atas kesakitan aku tp akhirnya "mereka" telah rasa apa yg aku rasakan dulu, 
aku bersyukur kerana doa ku siang malam di tunaikn. biarlah "mereka" tk rasa sakit mcm aku rasa tp sekurg2nya "mereka" sedar perbuatan "mereka" tu takkan lama Allah berikan kegembiraannya tu dulu. 
tp akhirnya aku yg rasa kebahagiaan itu dlm kesedihan dgn org lain :')
aku berkata atas pengalaman aku sendiri.
mungkin hikmah nie terlalu bernilai buat aku,
setiap doa aku xpernah mengharap tp Allah telah memberikannya.


ingatlah "biar orang buat kita jangan kita buat org"
pembalasan akan  datang jua
"what you give you get back"

story by NH :) at 11:59 0 comments

Sunday, 14 July 2013

Thanks Allah :)

ini lah yg menentukan masa depan aku .
untuk bangga kan ibu abah abang n kakak aku.
n nk tunjukkan yg aku boleh berjaya dkt fakhrur n family dia.
pukul 12pm 11 Julai 2013 
semakan permohonan ke IPTA lepasan STPM, Dip, Matrikulasi, Asasi/Setaraf
aku check dgn penuh debaran.
akhirnyaa:


aku xpandang pon. aku tengok TAHNIAH dlu heheheh.
aku tgok course dlu. aku sedih jugak x dpt Perakaunan.
tp bila di lihat balik aku dpt Universiti Teknologi Malaysia.
kwn kwn aku sume ckp "dpt Research Uni , U ranking first kt Malaysia 2012, tahniah"
btw, aku pon minat Human Resource gak coz abg aku yg cadangkan aku course nie.
ibu, fakhrur, akak semua ckp 
"UTM susah nk masuk, kalau org dengar bangga sgt dpt belajar UTM skudai sana"
kkdg aku fikir, betul jugakk. aku patut bersyukur myb rezeki aku kat HR bkn Accounting,
nak masuk UTM syarat pngk 3.7/3.8 ke atas.



dari lahir saaaaaammmpppppaaaaaaaaiiiiiiii ke Degree aku duk Johor --'
SAYA ANAK JATI JOHOR ! :D

ibu menangis aku dpt UTM sbb anak dia yg bongsu dh ikot jejak
kakak n abang nye dpt segulung ijazah :)
kakak bachelor of Law (UKM)
abang bachelor of business (UUM)
aku? bachelor of science (human resource development) (UTM) "wannabe"
Alhamdulillah ya Allah :')
*semua lain lain U hahahaha*

btw, kwn kwn aku semua dpt luar Johor :(
ex roommate aku sorg n ramai ex practicummate aku kat UKM.

nanti nak sgt satu family aku n family fakhrur dtg hari graduation aku 4 tahun ag :) tak sabar nk tunggu saat tu :)

Fakhrur ag lah suka melampau aku dpt UTM Skudai katanya dekat dgn dia n tak risau sgt. boleh jumpa setiap minggu bla...blaa...bla... hahahah
ag yg xleh blah "baru aa owg ag semangat nak belajar mkwe dh dekat"
*sengal* (--")




"terima kasih ya Allah, Kau dh buat semua org gembira dgn kejayaan aku.
dr keluarga, kawan kawan aku smpy ke Fakhrur :')"
aku akan berusaha utk capai impian aku yg terakhir nie
"bawa pulang segulung ijazah"

*tahniah kawan kawan seperjuangan yg dpt Uni, jika umur panjang kita jumpa lagi selepas habis degree nie :) " 

story by NH :) at 12:11 0 comments

Monday, 1 July 2013

kasih kekasih - inteam :)

mendalam sgt lirik lagu nie. paling aku suka lagu nie drpd kumpulan inteam
 lagu nie utk "awak"
terima kasih datang dlm hidup sy & ubahkan diri sy :')




Bismillahirahmanirahim
"ya Allah, dekatkan lah hatiku dan hatinya, satukan lah hatiku dan hatinya,
Kau jodoh kan lah aku dgn dia, jika dia bukan jodoh ku,
Kau tulislah nama kami di Luh Mahfuz mu sbg jodoh yg direstui keluarga dan diredhaiMu.
jadikanlah aku penyeri hidupnya sehingga ke syurga" Amin ya Rabb!


Tak Perlu Aku Ragui 
Sucinya Cinta Yang Kau Beri 
Kita Saling Kasih Mengasihi 
Dengan Setulus Hati 

Ayah Ibu Merestui 

Menyarung Cincin Di Jari 
Dengan Rahmat Dari Ilahi 
Cinta Kita Pun Bersemi 

Sebelum Diijabkabulkan 

Syariat Tetap Membataskan 
Pelajari Ilmu Rumahtangga 
Agar Kita Lebih Bersedia 
Menuju Hari Yang Bahgia 

Kau Tahu Ku Merinduimu 

Ku Tahu Kau Menyintaiku...Oh...Kasih 
Bersabarlah Sayang 
Saat Indah Kan Menjelma Jua 
Kita Akan Disatukan 
Dengan Ikatan Pernikahan...Oh..Kasih 

Di Sana Kita Bina 

Tugu Cinta Mahligai Bahagia 
Semoga Cinta Kita 
Di Dalam Redha Ilahi 
Berdoalah Selalu 
Moga Jodoh Berpanjangan

story by NH :) at 12:27 0 comments

tanda lelaki setia :)


  1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.
  2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.
  3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
  4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yg meluap2.
  5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.
  7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
  8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
  10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
  12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
  13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
  14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
  16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
  17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
  18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
  19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
  23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

*pasangan anda mcm nie tak? kalau yee, cintailah dia sepenuh hati.
berdoa selalu agar Allah jodohkan dia buat kita :') *

story by NH :) at 12:15 0 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

search here ♥

self ♥

Owner Blog



AtieHayati
Johor Bahru, Johor
15th February
Smile, Happy, Ordinary girl ♥
a younger daughter ♥
Married to Fakhrur Hanafi ♥
Mummy to FH ♥

Let's be my Friends ♥

Twitter: @atieaquarius
FaceBook: Atie Hayati (Atiee)
Instagram: atieehayati

my life ♥

-Tadika Al-Ummah 1 JB
-SK Larkin (1) JB
-Sek Agama Kampung Kastam JB
-Sek Agama Bandar Baru UDA JB
-SMK Bandar Baru UDA JB
-Kolej Matrikulasi Johor
-Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
26th March 2009Daisypath Anniversary tickers

story ♥

  • ►  2019 (2)
    • ►  March (2)
  • ►  2018 (8)
    • ►  November (1)
    • ►  July (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2017 (4)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
  • ►  2015 (10)
    • ►  October (1)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2014 (20)
    • ►  November (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ▼  2013 (29)
    • ►  December (1)
    • ►  November (4)
    • ►  October (1)
    • ►  August (7)
    • ▼  July (5)
      • Andai itu TakdirNya
      • dunia dunia
      • Thanks Allah :)
      • kasih kekasih - inteam :)
      • tanda lelaki setia :)
    • ►  June (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (28)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  May (8)
    • ►  April (3)
    • ►  January (5)
  • ►  2011 (17)
    • ►  December (5)
    • ►  November (7)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
Winnie The Pooh Glitter
memoryofmine. Powered by Blogger.