-->
memory of mine ! :)

- Assalammualaikum Dunia -

my music

my status

Current updates:
La Tahzan, InnAllahu Ma'ana - Jangan bersedih, Allah bersama kita



Instagram

Tuesday, 11 November 2014

my new hobby


okey sekarang aku dh ada hobi baru.
aku saja berjinak jinak dgn fotografi
mcm mana tah boleh jatuh hati dekat fotografi nie
serius best gilaaaa bila dpt belajar kamera..
cmne nk guna DSLR nie tetapan dye semua laa..
bila kita dpt suatu picture yg cantik hati kita mst seronok..
inshaAllah suatu hari nk jd satu hobi nk kumpulkan gambar byk2 :)

thanks jugak dekat FH sbb tolong aku dlm benda nie, support aku nk jd photographer mcm dye..
dye pon budak fotografi haha.
so hobi kitorg sama leh sama sama spend time amek gambar :D
yey! aku dh jmpe new life aku bila aku bosan, leh aku g tempat yg cantik2 dh amek gambar :D
kesian dia kene teman aku buat assignment fotografi hihi
thanks awakkk :)





story by NH :) at 11:55 0 comments

welcome back :D

ASSALAMMUALAIKUM...
Testing.... testing...
eheemmmm.. lama nyee tk update..
terasa rindu pulak nk merepek dlm nie heehe..
act malas dh nk mengarang dlm blog niee sbb nk mengarang assignment pon tkde masa
ni kan nk mengarang dlm blog. fuhh mmg tkde lee masa nye..
haa mcm nk cter mls nk type tp bile bercerita seronok lak hehhee,,
okey aku dh berada dalam semester 3. haa cepatkan masa berlalu,,


hahaha mcm nie laa semester 3 aku sekarang..
bangun tido, sebelum tido, mimpi pon aku leh mimpi assignment n projek besar..
mmg hectic sem laa sem nie..  byk gileee assignment fuhh fuhh..
projek besar lg, aku kene jd trainer n conduct training utk org luar n projek tu 100% markah tkde final..
dpt bayang tak? betapa berat nyee 100% tuu, kene buat training yg perfect  kalau nk dpt A subjek Instructional Design. proposal, meeting, analisis, report semua setebal nk 3cm pages ade kott. haha. tkpe tulah kerja aku nnt bila dh abes study..
semua nie bg pengalaman awal jd seorang trainer..
doakan kejayaan kumpulan aku yee conduct training dgn terbaik :)

okey dh tutup pasal training..
sem nie subjek semua tough la. tp tkpee..
aku tahu aku boleh capai dekan lg :)
oh lg satu aku happy sgt, sbb aku dpt interview Yayasan Pelajaran Johor..
inshaAllah aku leh dpt YPJ :)

ada lg benda yg buat aku happy, sbb FH dh dpt kerja hihhihih
kerja tu bukan welding tp kerja inspection sbb dye dh lulus TWI masa kursus aritu..
Alhamdulilah, company dye nk amek dye keje tetap lepas dye abes LI tahun dpn..
seronok betul dia masa cerita dgn aku, family dye pon suka :)
yelah dulu anak dye nie pnah kecewakan mak abh dye tp skrg dye dh buat mak abh dye tersenyumm.. pastu dpt keje kat skudai lg. lg dekat dgn aku kt UTM nie hahaha.
haa tu diaa senanye nk mention :D
dan bila dye kerja tetap, planning dye pon bermulaa..inshaAllah, dgn izin Allah, kalau ada jodoh kami, semua akan berjalan dgn lancar..inshaAllah ada jodoh kami, mungkin hubungan nie terikat dlm masa 3-4 tahun lg :) amin!
tp bila dye keje tetap dia akan dihantar myb ke luar, oversea or luar dr Johor hmm
tkpelah atie.. redha jelah walau suatu ari nnt kita jauh :(

ok la bila ada masa lg nnt aku cerita yee..
aku tk sabar nk habes belajar.. lg 2 tahun setengah je..
nk bg family aku gembira mcm dye :)


skrg aku dh nantok asyk mengadap laptop buat assignment,.
hari hari mcm nie.. wuu boleh tepacak rambut aku stress,,
 ahahah.. 
"permulaan yg sukar, kesenangan utk masa depan :) "






story by NH :) at 11:47 0 comments

Thursday, 28 August 2014

Rindu Awak 200%


haa nampak tak aku dh terpengaruh ngn citer nie. haih.
memula dgr tajuk mcm tk best then aku tgok jelah layan tanpa feeling.
dh smpy episod 5 6 aku dh jatuh hati pulak kt cter nie. haih.
seriuss sedih bila part Zill Faezrul dgn Esyana tu.. waa meleleh gak airmata aku haha.
siapa tk sedih kott tunang dh nk dekat kahwin pastu meninggal. hmm
nk bg faham lg baca novel dye.. serius sedih tesengeh sensorg pon ada hahaha.
kalau cerita ni byk dia potong sikit part best kurg laa tk mcm novel :)
aku nie sejak bila laa minat baca novel ek? haha.
ok part novel best masa dia ckp Armel tu "jodoh istikharah" Faez..
pastu Zill tu pilot, hahaha. selalu gak laa aku kenekan si mokk tu best dpt lelaki pilot tggu suami kat airport sweet je, then mokk tu ckp
 "nnt kawen abg kn keje offshore syg tggu abg kat pelabuhan" bhahahhahah gelak tegolek aku dgr *okey atie ko jgn berangan, kecik hati budak mokk tu karang*
si mokk tu tgok cter nie dye emo lebih membebel kat aku tu ini
apa yg si Armel buat semua kene kat aku jee =="

okey dahh. tp geram jugak dgn Irene tk sedar2 simpan perasaan kt hati kat tunang or suami org, org tk suka lg tehegeh hegeh.. ehh emosi tgok si Irene ahhaha.
kalau lelaki dh tk suka tkpyh nk kejar kan mcm lelaki kt dunia nie 1 je.. malu kan jee.
tp cter novel aku baca mmg mcm nie kahwin paksa, ada org ketiga yg duk tehegeh kat laki org then last sekali bahagia. jemu dah hahaha. 
tp kehidupan realiti pon ada senanya mcm nie :)

okey malas nk membebel byk..
Lakonan Zul Ariffin & Ayda Jebat mmg awesome lah smpy semua org tergilakan cr pkwe or suami si pilot hahahaha. 

kalau nk baca novel online pasal Rindu Awak 200% ada kat blog penulis dia :)
http://lznovel.blogspot.com/

okey goodbyee :)




story by NH :) at 12:55 0 comments

Monday, 25 August 2014

kau kekasih, sahabat & teman


bila aku baca kata kata nie aku rasa bersyukur sgt.
tak tau nak ungkap mcm mana lagi.
dalam hati aku ada Allah ada family, ada kwn kwn aku dan ada "dia"
aku ada sahabat aku ada kekasih & aku ada cinta.
tp ketiga tiga benda tu dlm satu jiwa seseorang.

bila sahabat: 
dia ada masa aku susah, aku nk pertolongan dia sentiasa ada, aku menangis dia pujuk dia naikkan semangat aku, bila aku sedih dia dtg gembirakan aku buat aku tersenyum.
bila aku ketawa dia ikut ketawa sama. dia tahu semua cerita ttg aku. dia tahu hati aku bila sedih bila kecewa bila marah. kwn dgn sahabat berbeza. sahabat ada setiap masa, tp kwn ada jiwa seperti sahabat tp tk selalu bersama. dia tegur aku bila aku buat salah, dia betulkan semua silap aku. segalanya dia selepas org yg terpenting dlm hidup aku.
segala cerita dia selalu kongsi dgn aku. terima kasih sbb awk pnh katakan
"sy lah sorg kwn perempuan yg awk ada, sahabat  perempuan awk dan kekasih  awk"

kekasih:
kekasih pd aku org yg aku sayang, org yg menyayangi aku apa kurang dan lebihnya aku.
dia kekasih org yg jaga aku selepas Allah dan family aku, jaga hati aku dan jaga hati dia utk aku. 

cinta:
perasaan kau dan aku. sentiasa bersama, pertahankan hubungan, sentiasa ada waktu susah dan senang dan impian utk menjadi kan hubungan tersebut halal :)

ketiga tiga nie ada pada diri dia. terima kasih jd seorg kekasih, sahabat dan cinta buat sy.
aku bukan bangga dgn dia tp aku bersyukur Allah beri dia utk aku..
antara ramai ramai wanita, Allah beri dia kpd aku. 
peluang kedua aku beri dia tebus balik kesalahan dia buat aku dulu.
jgn buruk sangka kata aku banggakan kekasih tp aku cuma gembira dpt lelaki mcm dia yg susah semua org miliki. mungkin ada hikmah Allah beri dia utk aku :')
terima kasih Allah titipkan nama aku di hati dia dan namanya di hatiku :)

buat awak: 
tk terlambat sy nk ucapkan tahniah utk awk..
tahniah buat 2 perkara yg menggembirakan awk dan keluarga :)
first: awak dpt "dekan" dgn result semester 2 awk. Alhamdulillah. kita sama sama dpt dekan kan.. akhirnya janji kita bedua sem 2 nie tercapai :)
disaat org lain hina awk dulu "lelaki tk belajar tkde usaha nk cari kerja nk bg anak & isteri mkn apa nnt" 
tp sy tahu awk bukan pemalas mcm org ckpkan. bila awk jatuh dulu sy sntiasa sokong bg awk semangat  bukan sokong & cari masa awk berjaya. kalau org ada wktu kita berjaya mcm tu pd sy dia tkkn ada wktu kita jatuh ;)

second: awk dpt tawaran program MARA-TWI kursus dan ujian 3.0 visual welding.
kalau awk lulus dan awk dpt sijil n awk leh keje mana2 je awk nk termasuk luar negara.
awk pnh ckp awk nk sgt jd welder inspector kan? awk dh dpt selangkah. kalau result awk lulus, sy belanja awk nnt keluar ok ;)
ada usaha adalah kejayaan awk menanti :)
sy sentiasa ada sokong awk masa awk jatuh dan bangun.
jgn kisahkan manusia yg hina awk jatuh dulu sbb dia tk kenal siapa awk :)





story by NH :) at 03:37 0 comments

siapa suami wanita disyurga?



Aku selalu tertanya siapa suami kita kat syurga nnti?
soalan nie pon aku pernah tanya dekat sidia..
nie aku nk kongsi siapa suami wanita disyurga kelak.
inshaAllah kita ke syurga :)
aku harap "bakal suami" aku pon membawa aku ke syurga bersamanya :)

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin
Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” (H.R. Muslim). Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah s.w.t dengan lelaki daripada Ahli Syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.Wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu.Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.

6. Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain.Apabila seorang wanita ketika di dunia memiliki dua atau lebih suami, maka kelak di syurga dia dipersilakan untuk memilih siapa di antara suami-suaminya yang dia inginkan untuk menjadi pendampingnya di syurga, asalkan suaminya itu tergolong dari Ahli Syurga. Satu lagi pendapat mengatakan bahawa dia akan bersama suaminya yang terakhir. Ini disebut oleh hadith Rasulullah: “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” (H.R. Al-Albani)




story by NH :) at 02:24 0 comments

Daripada bakal suami untuk Zaujahnya :)



Assalamualaikum..
Untuk 
Bakal isteriku..

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah.

Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu.

Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini. Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie.

Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari dirimu. 

"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik"

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. 

Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi."Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” 

Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. 

Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

Dariku,
Bakal suamimu.




story by NH :) at 01:45 0 comments

Tuesday, 1 July 2014

You Are The One - Raef

lagu nie special aku dpt dr sidia.
ttbe bukak FB dye post kat timeline aku lagu nie masa tu aku kat Sabah..
balik je dye suh dgr lagu nie,
dye nak anta kat whatsapp xlepas so dye bg kat fb..
lirik dye.. bermakna sgt :')
sayang aku skrg dh pandai lagu Englishh..
kelas kau jahhh! ahhahaas



I thought of this before over a million times
Who would’ve ever thought that it would be our time?
I just know it, ’cause you’re the one
It ain’t a selfish love, when I’m with you
You remind me of Allah, and so I know it’s true
I’ll just say it: you are the one


Won’t you be my BFF (best friend forever) and ever?
Won’t you be my partner after this world?
We’ll see it, when we believe it together
Dreams are meant to be, ’cause you’re the one for me


I never thought that I would ever feel this way
I ask Allah to bless you every single day
I’ll just say it, ’cause you’re the one
And when times are tough, and we’ve got the world to see
Standing right beside you is where I want to be
I just know it: you are the one


Won’t you be my BFF (best friend forever) and ever?
Won’t you be my partner after this world?
We’ll see it, when we believe it together
Dreams are meant to be, ’cause you’re the one for me


I prayed about this just over a million times
Who would ever thought that I could call you mine?
I just know it, ’cause you’re the one
And when there’s gray in our hair and we’ve not much to do
I want to spend the rest of my days with you…
Oh don’t you know it?
You are the one, you are the one
Oh won’t you be the one?


dia cter nnt dia dh start kerja tahun depan dia nk dtg merisik n myb bertunang dgn aku..
tp tu perancangan jee kalau dgn izinNya menjadi, jadilahh..
selebih perancangan dia ckp rahsia... hmm k finee..

tp masa aku keluar dgn dia tgh makan ada satu soalan dia buat aku teringat smpy skrg..
"sygg, kalau kita kahwin masa syg tgh belajar syg ...................... tak"
ok yg ................. tu rahsia kami hahaha... tp panjang laa jugak soalan dia..
haa tu aku terkejut boleh dia tanya mcm tuu...
dia nk kahwin masa aku tgh belajar ke? ok dh atie jgn berangan,,,
jgn mengharap sgt, kalau perancangan nie jadi inshaAllah jodoh xkemana...


story by NH :) at 11:47 0 comments

Saturday, 28 June 2014

salam Ramadhan Al Mubarak


Alhamdulillah bersyukur masih berjumpa dgn Ramadhan pd tahun ini..
Andai kata ini Ramadhan terakhir buatku maafkan segala silap ku kpd kwn kwn yg mengenali diri ini.
Alhamdulillah dpt juga berpuasa dgn keluarga lagi :)
Jom tambahkan amal byk byk sbb pintu syurga terbuka luas..


jgn lupa niat puasa yaa

haa hari kelahiran aku dalam Islam pada 15 Februari 1994 bersamaan 3 Ramadhan 1414H.. hari selasa, subhanaAllah tepat pada waktu n hari aku dilahirkan sama tahun ini selasa :) .. Alhamdulillah aku dilahirkan dlm bulan Islam yg penuh barakah ini. terima kasih ibuu..



SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN SEMUAA!!!

story by NH :) at 11:29 0 comments

Friday, 27 June 2014

travelling to Sabah

Assalammualaikum..
sebelum aku mula bercerita mari sedekahkan Al-Fatihah kpd
kawan aku atau jiran sebelah rumah aku yg telah menghembuskan nafas terakhir 
pd 23 Jun 2014 pada 953 pg yg baru berusia 14 tahun.
semoga arwahyarhamah adik Suhaiza Bt Suliman ditempatkan dlm kalangan org yg beriman.
aku rindu kau Ija dgn gelak ketawa kau selalu :') maaf aku tak lawat kau kt hosp masa kau sakit. terkilan sgt tk dpt tgk kau buat kali terakhir.
Al-FATIHAH


AMIN YARABBALAMIN

haa nie nk cter pasal cuti dgn keluarga dekat Sabah..
4 hari...
ya Allah best sgt sgt,.
aku pergi sana indah sgt permandangan.
selama ni aku duduk tengah bandar Johor Bahru tk nmpk ape pon ad kereta ngn bangunan je ahha.
tp kat sabah byk gunung ganag, highway? haa highway korg nk jmpe kat Kota Kinabalu jee.
kat lain jalan dia fuhhhh. kecik n kampung2 --''
kat KK byk sgt mutiara n murah murah :)
aku smpy sana aku rasa besarnyaa ciptaan Allah.
aku pergi Kundasang sebelah dgn Gunung Kinabalu..
serius air dia sejukk gila kalah ais kosong yg korg minum kat kedai.
aku nk basuh tgn lepas makan pn xrela haha mcm duk overseaaa
sbb kat situ kaki gunung n suhu dia 14'c, 5700 FT dr paras laut fuhh.
pergi rumah terbalik yg popular tu, pergi Desa Diary Farm tempat lembu yg hasilkn susu bkn lembu korban hokay, pergi Ladang Teh Sabah yg kak Siti Nurhaliza jd duta tu dgn g Kg Luanti ikan beso beso geget kaki.
nk cter semua byk sgt haha.
tp Alhamdulillah n seronok sgt, thanks sgt utk family aku sama2 g bcuti kat sabah perancangan setahun menjadi :)

yg kelakar aku nk pergi ad laa sorg budak gedik nie duk xabes2 ckp aku tggalkan dia jauh la ape, takut flight hilang la ape. hish. geram betul. mcm aku pergi lama je padahal 4 hari jee  haha *sorry gemokk :P


atas kapal terbang waktu petang


atas kapal terbang dikala senja. subhanaAllah cantik langit dpt lihat matahari terbenam depan mata.


nie aa umah terbalikk kat Kundasang,

 nie kereta terbalik. ahaha. kreatif dorg nie

nie Desa Diary Farm tmpt lembu lembu hasilkan susu.


nie la beliau hahahah 


nie susu beliau fresh dr kantung lembu. aku minum balik homestay terus muntah pening. torbaekk :D


 nie meow homestay aku. dia dr aku masuk rumah tu dia duduk je beranda rumah kami,
malam sampai ke pagi. sejukk je badan dye sbb kat Kundasang suhu 14'c.
ad je org duduk kat beranda nie dye meleset sbb dia sejukk.
k lepas aku nk balik KK , aku dh amek semua brg masuk dlm kereta aku carik meow tu nk pegang nk cium ttbe meow tu dah xde kt kawasan tu n beranda, aku xtau mne dye pergi, subhanaAllah mungkin hadir dia ada sebab, sebab family aku suka sgt dkt kucing hmm :(


ada lg sebenanye pic tp malas nk masukkan hehe,, 
haa ok la itu je cerita nyaa...

story by NH :) at 12:33 0 comments

Monday, 16 June 2014

Semester Break ! yey!


ASSALAMMUALAIKUM.....
final semester 2 dah tamat. Alhamdulillah.
2 bulan 3 minggu cuti !
setahun dah aku habes so tggal lagi 3 tahun nk tamatkan degree!
yeyeyeyyey! agh cepat masa berlalu dah dewasa rupanyaa huhu
semester 2 nie inshaAllah aku boleh dpt dean list lagi. semua exam aku boleh jawab dgn tenang :) dan aku percaya usaha aku.
okey nk cter pasal setahun dh aku kat UTM nie mcm mcm laa aku lalui.




semester 1
jd junior laa kan hehe. tp ape bestnye aku masa sem 1 aku terpilih jd pemain netball U-team
impian aku dr aku sekolah rendah dulu lg nk jd netballer peringkat negeri pon ok lah,
sbb dlu aku dlu pnh wakil MSSD JB.
bila dh smpy U baru impian aku hampir tercapai, tp aku terpaksa quit jd netballer atas masalah2 yg tk dpt elak, aku tepaksa korbankan impian aku demi masa depan aku..
kalau tak dpt p main sukipt masum hmm. tkpelah skurg2 nye aku tau impian aku boleh pergi jauh even aku yg menolak impian tu :') so now i'm ex netballer hehehe.

semester 2
nie akhir junior ahha. cerita yg best sem 2 ? erm byk kott.
haha tk terkira sbb aku aktif dalam kolej pegang jawatan tertinggi kalau ada program kolej.
so aku kenal ramai kwn kwn yg best n felo felo so senang aku nak stay kat Kolej Perdana 4 tahun! ehhe.
tpmase sem 2 aku jd pemain basketball wakil kolej pulakk.. 
pegh mmg aku tkleh buat sbb aku dr netballer ke basketballer kaku beb kene shooter..
basketbll kene ganas.. semua suruh aku jd agresif tp aku xleh ganas2 huhuhu
so aku decide aku adalah netballer bukan basketballer huhu...
dan aku bukan gol shooter aku just ad pengalaman jd keeper :)


okey tak tahu nk cerita apa sbb skrg dh kat umah.
aku nk jumpa Fakhrur tp dia busy kerja pulakk hish.
biasalah welder kan. biarlah dia, dia ckp 
"nak kerja kuat nak kumpul duit byk nak meminang nak kahwin sebelum syg graduate"
hahaha lawak dia niee. tkpe aku cuti lama bila3 boleh jumpa :)
nnt nak berbuka puasa sama sama n raya pakai baju warna sama heheh :P

haa lg 1 aku dpt hadiah drp mak dia, abah dia n nadhirah!
hehehe mak n ayah dia ckp 
"makcik tkde anak belajar tinggi2 lagi, yatie sorg je yg belajar utm,
mkcik bg hadiah nie sbb yatie dpt utm" 
*muka fakhrur bengang je sbb dia kata mak asyk lebihkan menantu dia je drpd anak dia ahhaha*


act bukan nak bangga kan couple lama lama dgn dia, tp kita merancang tuhan yg tentukan selagi hati kita jaga kita berdoa biar org yg kita mahukan itu jodoh kita, Allah tk larang hamba Dia merancang tp atas Dia utk menentukan. kkdg manusia suka mengherdik dgn perasaan iri hati tp dia tk tahu apa itu bangga apa itu merancang :)

okey dh tkd pape lak aku nk ckp.. hehe mcm dh mls senanya nk cter kt blog..
byk senanye cter tp tkpelah semua tu aku je tahu hehe..
see yaa!

story by NH :) at 03:10 0 comments

Wednesday, 23 April 2014

Semua perancangan Allah :)


Alhamdulillah aku dapat sijil nie.
bila aku dapat anugerah nie.
aku teringat sebaik perancangan adalah perancangan Allah s.w.t
kelemahan aku adalah membaca, yess setiap kali subjek teori aku susah nk fokus
aku bukan jenis seorg otak yang menghafal mcm org lain.
aku bukan otak yg suka baca buku tebal2 penuh dgn tulisan.
impian aku nk jd seorg akauntan or pegawai bank atau berkait dgn akaun.
tp rezeki aku sangkut dkt 1 kursus yg tought dgn teori.
full of teori. tp Allah tahu kelebihan hamba-hambanya cuma kita je tk tahu.
even byk teori Alhamdulillah aku berjaya lalui susah senang, aku pernah menangis,
aku pernah give up, aku pernah fikir kenapa aku kena lalui kursus jauh dari kemampuan aku,
tp Allah tahu segalanya, Dia bg aku kursus nie dan aku mampu lalui sehingga aku peroleh result sebegini. 
Allah susahkan aku bg mcm mcm dugaan tp Allah bg aku penyokong untuk aku bangun dari jatuh yg tak pernah lelah dekat sisi aku. Ibu, abah, kakak, abang, kak nani, fakhrur hanafi, kwn kwn dan sahabat sahabat aku kat UTM nie :)
Terima Kasih :')




1 - Ingatlah bahasanya ALLAH tidak melakukan sesuatu itu dengan sia-sia-  Sahabat,Setiap yang ALLAH jadikan di muka Bumi ini bukan lah sia-sia.ALLAHjadikan segala kejadian di muka bumi ini ada hikmahnya dan ingatlah bahawa ALLAH tidak menjadikan dugaan yang kita terima itu adalah sia-sia.Pernah atau tidak kita berfikir betapa ALLAH sayangkan kita setiap kali kita di timpa musibah walaupun kita sering berdoa pada ALLAH?Ingat lah sahabat sekalian ALLAH tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang hambanya tidak mampu untuk lakukan.
2 – Tenang kan hati dengan zikruLLAH - Sahabat,ALLAH berfirman dalam al-Quran surah al-Ahzab ayat 41 yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman!ingatlah kepada ALLAH dengan mengingat sebanyak-banyaknya”,InsyALLAH dengan adanya zikir dalam hati dapat mengahalang kita dari berprasangka buruk pada ALLAH S.W.T.
3 – Sentiasa ingat bahawa ALLAH adalah SEBAIK-BAIK PERANCANG - Sabahat,Seperti dalam permualaan penulisan saya,ALLAH berfirman ÙˆَÙ…َÙƒَرُواْ ÙˆَÙ…َÙƒَرَ اللّÙ‡ُ ÙˆَاللّÙ‡ُ Ø®َÙŠْرُ الْÙ…َاكِرِينَ yang membawa maksud “Dan Mereka Merancang,ALLAH juga merancang,Sesungguhnya ALLAH sebaik-baik perancang”.Ingatlah sahabat,ALLAH mengetahui apa yang terbaik buat kita semua,mungkin dengan apa yang lalui itu bukan jalan yang terbaik,maka ALLAH sediakan jalan yang lebih baik dari apa yang kita hajatkan,ingat tu sahabat!!ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG!!!
4 – Jangan berhenti Untuk Berdoa dan terus berdoa – Sahabat,teringat saya pada satu hadith Nabi Muhammad S.A.W yang membawa maksud “pedang umat mu’min itu pada doanya” dan ALLAH juga berfirman dalam al-Quran dalam surah al-mu’min yang mambawa maksud “Dan tuhanmu berfirman : Berdoalah kepada ku,nescaya pasti aku akan perkenankan..”..Sahabat,ini janji ALLAH,mana mungkin ALLAH tidak mengotakan janjinya,pasti ALLAH mendengar setiap rintihan doa dari kita.
Namun,pasti sahaja dari kalangan kita terdetik dalam hati mengenai point yang ke -empat iaitu berkaitan dengan surah al-mu’min ayat yang ke 60.Pasti ada kalangan kita yang berkata…
“aku dah banyak kali berdoa,tapi ALLAH tak makbulkan juga”…
MasyALLAH sahabat sekalian ketahuilah bahawa sesungguhnya ALLAH suka akan rintihan hamba-hambanya tatkala kita berdoa kepada-Nya,ALLAH rindu untuk mendengar suara kita merintih mengharapkan hajat kita di perkenankan.
Hampir sahaja semua umat manusia lupa setelah hajat mereka di perkenan ALLAH,berapa ramai dalam kalangan kita mengucapkan syukur tatkala mendapat kemenangan??berapa ramai??
ALLAH rindu akan doa2 umat islam,sengaja ALLAH melambatkan perkenan doa kita kerana yang utamanya pendapat saya,ALLAH rindu akan rintihan hamba-hamba-Nya.
Baiklah sahabat,….
ALLAH sebaik-baik perancang….
Jangan lah sesekali kita menyalahkan takdir…
Mungkin kita tidak mendapat tawaran kerja di tempat yang kita minta ALLAH gantikan dengan KERJA YANG LEBIH BAGUS….
Mungkin kita tidak mendapat universiti yang kita minta ALLAH gantikan dengan UNIVERSITI YANG LEBIH BAGUS
Mungkin kita tidak mendapat bantuan ketika waktu belajar ALLAH gantikan dengan rezeki yang melimpah ruah…
Ingatlah sahabat!!!!ALLAH sebaik-baik perancangan!!!Setiap manusia akan di uji dan terus di uji dan yang menentukan kita adalah TAQWA kita pada ALLAH dalam ujian tersebut dan pandulah ujian itu dengan panduan yang di redhoi ALLAH…
" ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)





story by NH :) at 01:48 0 comments

Sebelum kau halal untukku

Sebelum Kau Halal Untukku 




Ya Allah
aku berdo’a untuk seorang lelaki
yang akan menjadi sebahagian dari hidupku

Seseorang yang sangat mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkan ku pada posisi kedua di hatinya selain Engkau
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk Engkau

Wajah tampan dan daya tarikan tidaklah penting
yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau
dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu ada pada dirinya
dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia

Seseorang yang memiliki hati yang bijak, tidak hanya otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika melakukan kesalahan

Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku disisinya

Ya Allah
aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu

Seorang lelaki yang mmerlukan sokonganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang memerlukan do’aku untuk kehidupannya
Seseorang lelaki yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna

Ya Allah
aku juga meminta
Jadikanlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku
Berikan aku sifat lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu
Berikan aku tangan sehingga aku selalu mampu berdo’a untuknya
Berikan aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana, mampu memberikan semangat serta menyokongnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi

Dan bila mana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan 

“Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.”


Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat. Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan
Amin Ya Rabbal ‘alamin



jangan memalukan diri dan kedua ibu ayah untuk mengejar ngejar lelaki yang tidak mencintai kita.kerana setinggi tinggi sifat perempuan adalah tinggi sifat malunya dan maruahnya.


story by NH :) at 01:31 1 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

search here ♥

self ♥

Owner Blog



AtieHayati
Johor Bahru, Johor
15th February
Smile, Happy, Ordinary girl ♥
a younger daughter ♥
Married to Fakhrur Hanafi ♥
Mummy to FH ♥

Let's be my Friends ♥

Twitter: @atieaquarius
FaceBook: Atie Hayati (Atiee)
Instagram: atieehayati

my life ♥

-Tadika Al-Ummah 1 JB
-SK Larkin (1) JB
-Sek Agama Kampung Kastam JB
-Sek Agama Bandar Baru UDA JB
-SMK Bandar Baru UDA JB
-Kolej Matrikulasi Johor
-Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
26th March 2009Daisypath Anniversary tickers

story ♥

  • ►  2019 (2)
    • ►  March (2)
  • ►  2018 (8)
    • ►  November (1)
    • ►  July (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2017 (4)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
  • ►  2015 (10)
    • ►  October (1)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (2)
  • ▼  2014 (20)
    • ▼  November (2)
      • my new hobby
      • welcome back :D
    • ►  August (4)
      • Rindu Awak 200%
      • kau kekasih, sahabat & teman
      • siapa suami wanita disyurga?
      • Daripada bakal suami untuk Zaujahnya :)
    • ►  July (1)
      • You Are The One - Raef
    • ►  June (3)
      • salam Ramadhan Al Mubarak
      • travelling to Sabah
      • Semester Break ! yey!
    • ►  April (2)
      • Semua perancangan Allah :)
      • Sebelum kau halal untukku
    • ►  March (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (29)
    • ►  December (1)
    • ►  November (4)
    • ►  October (1)
    • ►  August (7)
    • ►  July (5)
    • ►  June (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (28)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  May (8)
    • ►  April (3)
    • ►  January (5)
  • ►  2011 (17)
    • ►  December (5)
    • ►  November (7)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
Winnie The Pooh Glitter
memoryofmine. Powered by Blogger.