-->
memory of mine ! :)

- Assalammualaikum Dunia -

my music

my status

Current updates:
La Tahzan, InnAllahu Ma'ana - Jangan bersedih, Allah bersama kita



Instagram

Thursday, 28 August 2014

Rindu Awak 200%


haa nampak tak aku dh terpengaruh ngn citer nie. haih.
memula dgr tajuk mcm tk best then aku tgok jelah layan tanpa feeling.
dh smpy episod 5 6 aku dh jatuh hati pulak kt cter nie. haih.
seriuss sedih bila part Zill Faezrul dgn Esyana tu.. waa meleleh gak airmata aku haha.
siapa tk sedih kott tunang dh nk dekat kahwin pastu meninggal. hmm
nk bg faham lg baca novel dye.. serius sedih tesengeh sensorg pon ada hahaha.
kalau cerita ni byk dia potong sikit part best kurg laa tk mcm novel :)
aku nie sejak bila laa minat baca novel ek? haha.
ok part novel best masa dia ckp Armel tu "jodoh istikharah" Faez..
pastu Zill tu pilot, hahaha. selalu gak laa aku kenekan si mokk tu best dpt lelaki pilot tggu suami kat airport sweet je, then mokk tu ckp
 "nnt kawen abg kn keje offshore syg tggu abg kat pelabuhan" bhahahhahah gelak tegolek aku dgr *okey atie ko jgn berangan, kecik hati budak mokk tu karang*
si mokk tu tgok cter nie dye emo lebih membebel kat aku tu ini
apa yg si Armel buat semua kene kat aku jee =="

okey dahh. tp geram jugak dgn Irene tk sedar2 simpan perasaan kt hati kat tunang or suami org, org tk suka lg tehegeh hegeh.. ehh emosi tgok si Irene ahhaha.
kalau lelaki dh tk suka tkpyh nk kejar kan mcm lelaki kt dunia nie 1 je.. malu kan jee.
tp cter novel aku baca mmg mcm nie kahwin paksa, ada org ketiga yg duk tehegeh kat laki org then last sekali bahagia. jemu dah hahaha. 
tp kehidupan realiti pon ada senanya mcm nie :)

okey malas nk membebel byk..
Lakonan Zul Ariffin & Ayda Jebat mmg awesome lah smpy semua org tergilakan cr pkwe or suami si pilot hahahaha. 

kalau nk baca novel online pasal Rindu Awak 200% ada kat blog penulis dia :)
http://lznovel.blogspot.com/

okey goodbyee :)




story by NH :) at 12:55 0 comments

Monday, 25 August 2014

kau kekasih, sahabat & teman


bila aku baca kata kata nie aku rasa bersyukur sgt.
tak tau nak ungkap mcm mana lagi.
dalam hati aku ada Allah ada family, ada kwn kwn aku dan ada "dia"
aku ada sahabat aku ada kekasih & aku ada cinta.
tp ketiga tiga benda tu dlm satu jiwa seseorang.

bila sahabat: 
dia ada masa aku susah, aku nk pertolongan dia sentiasa ada, aku menangis dia pujuk dia naikkan semangat aku, bila aku sedih dia dtg gembirakan aku buat aku tersenyum.
bila aku ketawa dia ikut ketawa sama. dia tahu semua cerita ttg aku. dia tahu hati aku bila sedih bila kecewa bila marah. kwn dgn sahabat berbeza. sahabat ada setiap masa, tp kwn ada jiwa seperti sahabat tp tk selalu bersama. dia tegur aku bila aku buat salah, dia betulkan semua silap aku. segalanya dia selepas org yg terpenting dlm hidup aku.
segala cerita dia selalu kongsi dgn aku. terima kasih sbb awk pnh katakan
"sy lah sorg kwn perempuan yg awk ada, sahabat  perempuan awk dan kekasih  awk"

kekasih:
kekasih pd aku org yg aku sayang, org yg menyayangi aku apa kurang dan lebihnya aku.
dia kekasih org yg jaga aku selepas Allah dan family aku, jaga hati aku dan jaga hati dia utk aku. 

cinta:
perasaan kau dan aku. sentiasa bersama, pertahankan hubungan, sentiasa ada waktu susah dan senang dan impian utk menjadi kan hubungan tersebut halal :)

ketiga tiga nie ada pada diri dia. terima kasih jd seorg kekasih, sahabat dan cinta buat sy.
aku bukan bangga dgn dia tp aku bersyukur Allah beri dia utk aku..
antara ramai ramai wanita, Allah beri dia kpd aku. 
peluang kedua aku beri dia tebus balik kesalahan dia buat aku dulu.
jgn buruk sangka kata aku banggakan kekasih tp aku cuma gembira dpt lelaki mcm dia yg susah semua org miliki. mungkin ada hikmah Allah beri dia utk aku :')
terima kasih Allah titipkan nama aku di hati dia dan namanya di hatiku :)

buat awak: 
tk terlambat sy nk ucapkan tahniah utk awk..
tahniah buat 2 perkara yg menggembirakan awk dan keluarga :)
first: awak dpt "dekan" dgn result semester 2 awk. Alhamdulillah. kita sama sama dpt dekan kan.. akhirnya janji kita bedua sem 2 nie tercapai :)
disaat org lain hina awk dulu "lelaki tk belajar tkde usaha nk cari kerja nk bg anak & isteri mkn apa nnt" 
tp sy tahu awk bukan pemalas mcm org ckpkan. bila awk jatuh dulu sy sntiasa sokong bg awk semangat  bukan sokong & cari masa awk berjaya. kalau org ada wktu kita berjaya mcm tu pd sy dia tkkn ada wktu kita jatuh ;)

second: awk dpt tawaran program MARA-TWI kursus dan ujian 3.0 visual welding.
kalau awk lulus dan awk dpt sijil n awk leh keje mana2 je awk nk termasuk luar negara.
awk pnh ckp awk nk sgt jd welder inspector kan? awk dh dpt selangkah. kalau result awk lulus, sy belanja awk nnt keluar ok ;)
ada usaha adalah kejayaan awk menanti :)
sy sentiasa ada sokong awk masa awk jatuh dan bangun.
jgn kisahkan manusia yg hina awk jatuh dulu sbb dia tk kenal siapa awk :)





story by NH :) at 03:37 0 comments

siapa suami wanita disyurga?



Aku selalu tertanya siapa suami kita kat syurga nnti?
soalan nie pon aku pernah tanya dekat sidia..
nie aku nk kongsi siapa suami wanita disyurga kelak.
inshaAllah kita ke syurga :)
aku harap "bakal suami" aku pon membawa aku ke syurga bersamanya :)

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin
Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” (H.R. Muslim). Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah s.w.t dengan lelaki daripada Ahli Syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.Wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu.Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.

6. Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain.Apabila seorang wanita ketika di dunia memiliki dua atau lebih suami, maka kelak di syurga dia dipersilakan untuk memilih siapa di antara suami-suaminya yang dia inginkan untuk menjadi pendampingnya di syurga, asalkan suaminya itu tergolong dari Ahli Syurga. Satu lagi pendapat mengatakan bahawa dia akan bersama suaminya yang terakhir. Ini disebut oleh hadith Rasulullah: “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” (H.R. Al-Albani)




story by NH :) at 02:24 0 comments

Daripada bakal suami untuk Zaujahnya :)



Assalamualaikum..
Untuk 
Bakal isteriku..

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah.

Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu.

Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini. Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie.

Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari dirimu. 

"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik"

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. 

Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi."Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” 

Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. 

Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

Dariku,
Bakal suamimu.




story by NH :) at 01:45 0 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

search here ♥

self ♥

Owner Blog



AtieHayati
Johor Bahru, Johor
15th February
Smile, Happy, Ordinary girl ♥
a younger daughter ♥
Married to Fakhrur Hanafi ♥
Mummy to FH ♥

Let's be my Friends ♥

Twitter: @atieaquarius
FaceBook: Atie Hayati (Atiee)
Instagram: atieehayati

my life ♥

-Tadika Al-Ummah 1 JB
-SK Larkin (1) JB
-Sek Agama Kampung Kastam JB
-Sek Agama Bandar Baru UDA JB
-SMK Bandar Baru UDA JB
-Kolej Matrikulasi Johor
-Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
26th March 2009Daisypath Anniversary tickers

story ♥

  • ►  2019 (2)
    • ►  March (2)
  • ►  2018 (8)
    • ►  November (1)
    • ►  July (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2017 (4)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
  • ►  2015 (10)
    • ►  October (1)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (2)
  • ▼  2014 (20)
    • ►  November (2)
    • ▼  August (4)
      • Rindu Awak 200%
      • kau kekasih, sahabat & teman
      • siapa suami wanita disyurga?
      • Daripada bakal suami untuk Zaujahnya :)
    • ►  July (1)
    • ►  June (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (29)
    • ►  December (1)
    • ►  November (4)
    • ►  October (1)
    • ►  August (7)
    • ►  July (5)
    • ►  June (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (28)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  May (8)
    • ►  April (3)
    • ►  January (5)
  • ►  2011 (17)
    • ►  December (5)
    • ►  November (7)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
Winnie The Pooh Glitter
memoryofmine. Powered by Blogger.