Assalammualaikum..
haa harini nk post ttg novel sambungan yg pernah aku baca sebelum nie.
novel "Andai Itu TakdirNya"
karya Siti Rosmizah
haa yg nie sequel dia dr novel first iaitu
"Andai Itu TakdirNya 2"
novel nie berjaya buat mata aku bengkak.
sedih diaaaa kann lagi sedih dr novel first.
novel nie telah berjaya juga buat aku habiskan membacanya selama 3 hari = 920 page. haha
gila tak gilaa tahan mata nak habiskan.
bila baca novel nie aku dpt imagine cmne hidup si Aleya nie sabar dgn suami dia Syed Aizril yg terlalu ego.
serius laa novel nie mmg fav novel aku. even cerita cliche mcm novel2 lain tp jalan cerita dia mmg terbaikkk bermain dgn emosi.
aku yg baca nie pon aku rasa mcm nk jotos2 kepala si Syed Aizril haha.
kalau korang nak rasa kehebatan penulis nie bg org lain menangis, geram, marah, tersenyum romantiknya mereka. haa g beli. tak rugi. tp pastikan dah baca novel yg pertama la yee, kalau tak, korg tk faham cerita dia.
SINOPSIS
Hidup Aleya dan Syed Aizril melayari begitu bahagia bersama anak-anak. Selama 8 tahun hidup bersama… ianya sangat indah dan manis rasanya.
“Abang akan berada di sisi Leya sampai ke akhir nafas abang, sayang. Abang tak akan tinggalkan Leya. Leya segala-galanya dalam hidup abang.”
Datin Sharifah Rosnah tidak dapat menerima suratan takdir arwah anaknya. Hatinya hitam. Dendam kesumatnya panas membara di dalam hati. Faizal pula masih tidah insaf walaupun pernah dipenjara. Disebabkan oleh kebencian pada Syed Aizril dan Aleya terlalu mendalam sekali, dia berjanji agar Syed Aizril dan Aleya akan hidup merana!
- Dugaan yang melanda, mengoyahkan hati Syed Aizril.
Hadir pula Sharifah Azreen untuk memenangi hati Syed Aizril. Visinya untuk menawan cinta Syed Aizril. Saat dia diuji dengan dugaan, hatinya terus goyah. Janji yang pernah diluahkan pada isterinya sepantas kilat telah dilupakan.
“Aku dah tak sayangkan kau! Kau gagal jadi seorang isteri! Di hati aku kau dah tak ada! Kosong Aleya! Kosong!” Hancur luluh hati Aleya setelah mendengarnya! Aleya menderita! Hidupnya terseksa! Syed Aizril memisahkan anak-anaknya dari dia!"
“Kau tak malu ke dengan jiran nak bagi makan dekat depan ni? Kau nak jadi pengemis kau punya pasal! Jangan kau nak buat anak-anak aku jadi pengemis sama!”
Anak-anak Aleya melambai tangan padanya. Saat itu, air mata mengalir deras di pipi mereka.
“Kesian anak-anak aku Umi. Aku tak sempat bagi anak-anak aku makan. Kenapa dia layan aku macam pengemis? Ya Allah! Tak tertahan sakitnya perbuatan dia! Kuatkan aku ya Allah! Kuatkan aku!” Sambil Aleya memeluk erat bekas makanannya, dia menangis semahu-mahunya.
Keegoan hati Syed Aizril terus menebal. Akhirnya keegoan itu juga yang menghancurkan hidupnya. Pada ketika ini, penyesalannya sudah tiada berguna lagi. Hati Aleya sudah pun mati!
“Leya masih isteri abang. Leya tanggungjawab abang.” Katanya dengan suara yang sebak.
“Isteri? Tanggungjawab? Layak ke saya jadi isteri pada orang yang terhormat macam awak Encik Aizril? Isteri yang dihalau macam anjing kurap! Isteri yang dicaci! Isteri yang dimaki! Dihina! Dicemuh! Masih layak ke perempuan macam saya jadi isteri awak Encik Aizril!” Balas Aleya dengan hati terluka patah seribu.
“Abang akan terus berjuang sampai ke nafas abang yang terakhir! Apa jadi sekalipun Leya tetap akan jadi milik abang!” kata Syed Aizril sambil air mata basah mengalir deras di wajahnya.
“Saya akan pastikan hubungan saya dengan awak akan terlerai! Saya tak akan tunduk dengan awak lagi! Awak jangan harap saya akan masuk semula dalam sangkar hidup awak!”
Patutkah Aleya berpaling lagi kepada lelaki yang sudah memusnahkan hatinya! Lelaki yang pernah berjanji manis itu menyeksanya! Dia juga mengkhianati cintanya! Jelas Aleya memang tidak lagi mampu menelan semua itu! Pahit rasanya! Andai Itu Takdir-NYA, Aleya redha.
aku harap sgt cerita nie dibuat drama or filem. tkde lagi pengarah yg nak drama kan novel nie. mesti meletopp punye laa. novel best seller.