-->
memory of mine ! :)

- Assalammualaikum Dunia -

my music

my status

Current updates:
La Tahzan, InnAllahu Ma'ana - Jangan bersedih, Allah bersama kita



Instagram

Thursday, 1 March 2018

17 February 2018



Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi segala urusan terlah dipermudahkan.
9 tahun penantian, tanda tanya adakah dia atau lelaki lain sebenarnya jodoh yg Allah tetapkan di Luth Mahfuz untuk diri aku?

17 Februari 2018 segala pertanyaan Allah dah berikan jawapan.
saat lafaznya "aku terima nikahnya" kira-kira pada jam 9.45 pagi daripada Fakhrur Hanafi, itu lah kekasih dunia dan di syurga buat aku. 
*sebelum ni ayah dan ibu 😢 

Perasaan saat pihak keluarga lelaki datang, ya Allah Allah saja tahu gembiranya hati, org yg aku sayang cinta hadir untuk menghalalkan aku.
saat tok kadi datang untuk menikahkan kami, itu saat yg paling berdebar, dalam beberapa minit lagi aku akan bertukar menjadi isteri untuk seorang lelaki.




9 tahun dulu pada pulan Februari 2009 yg lalu, cinta pandang pertama masa dia lalu depan aku dan mata dia melihat aku dan kami tiba2 tersenyum berpandangan 
*masa ni kami tak kenal lagi* 
selang beberapa hari hadirnya seorang lelaki misteri ini untuk berkenalan dengan aku. 
2 minggu aku berhubung tanpa kenal siapa dia, hanya nama "hanafi" dia berikan. tp kwn2 dia semua panggil nama depan dia "fakhrur".
Masa tu hati aku nak sgt  tahu siapa dia nie, aku cari nama dia dalam majalah sekolah,
yess setiap satu nama setiap kelas aku cari nama dia.
akhirnya aku jumpa, seorang pengawas yg kurus & tinggi 😊
setiap pagi aku tahu dia berdiri depan pintu dewan sekolah dan aku selalu perhatikan dari tingkat 3 kelas aku, adakah itu dia? hahaha, beg berwarna hijau dan bersongkok 😛

lepas dari tu, aku mintak kwn aku Adha panggil nama dia masa dia lalu depan aku.
"Fakhrur Hanafi", dan dia menoleh dan terus menunduk sbb ada aku.
Dari situlah aku kenal pertama kali Suami aku rupa-rupanya dia lah lelaki yg tak dikenali yg berikan senyuman manis kepada aku 😍

Cantiknyaa perancangan Allah kan. kalau boleh sampai tua aku taknak lupa mcm mana kami kenal. Pertemuan yg tak sengaja akhirnya kekal ke jinjang pelamin.



26 Mac 2009, malam tu dia confess perasaan dia kat aku.
kami mesej, dan paling kerap sekali pakai yahoo messenger.
hhahaha. dari situ byk kenangan cinta monyet kita cipta.
rehat sama-sama, balik sekolah sama-sama, makan tengahari sama-sama.
ada jugak kwn2 dia yg simpan perasaan dekat aku hahahha.
aku tahu semua pasal tu lepas aku putus dgn dia 😂😂

ada satu ketika kita terpisah oleh sebab org ketiga & org tu still simpan perasaan dekat dia.
*please move on, dia dah suami saya" 😣😢
dari perpisahan ni, ada hikmahNya, rupanya dia menyesal tinggalkan aku dan aku nampak usaha keras dia untuk ambil hati aku semula.
mcm mana dia ambil berat jaga aku walaupun aku bukan milik dia lg masa tu,
dengan cara dia merayu luahkan hati dia pada aku untuk aku terima dia, 
setiap hari dia tak penat ucap "sy syg kan awk" sampai hati aku cair walaupun tiada jawapan dari aku.
tp Allah maha perancang terhebat, dia hadirkan perasaan tu pada aku dan dia semula setelah setahun berpisah.
dari situ, kami belajar menghargai, belajar kuatkan hati, jaga hubungan sampai halal.
kami belajar capai cita-cita dulu.



6 Mei 2017, dia datang bersama keluarga ke rumah berjumpa ibu ayah untuk tunaikan hajat dan janji dia buat aku selepas aku tamat belajar.
alasan dia, taknak org lain ambil aku dari dia lagi. ahahahahah
Alhamdulillah, dia betul betul tunaikan janji dia dan kami bertunang ikat kurang dari satu tahun.



17 Februari 2018, sah nya aku menjadi isteri kepada seorang lelaki bernama 
Fakhrur Hanafi Bin Rosman dengan sekali lafaz ijab kabul. 
terlafaznya "aku terima nikahnya" daripada dia pada pagi 17 Februari 2018 itulah jodoh yg Allah tetapkan buatku.

selepas nikah, ayat pertama suami aku:
"Alhamdulillah, selesai dah, abg syg cyg sesanga
t, hari ini yg tadi tu hadiah utk hari jadi sygg 15/2" 😊
Aku jaga jodoh aku dari 9 tahun dulu dan bukan jaga jodoh org lain hiiihihi.
hati aku hanya untuk dia, dari dulu kini dan selamanya.
*tetiba bergenang airmata masa type ni huhu 😩*
itu lah syurga aku selepas ini didunia dan diakhirat sana.
dulu ada org seseorg kata aku terlalu banggakan pakwe belum suami pun.
sekarang aku dah buktikan yg aku banggakan dulu itu lah suami aku.
InshaAllah, aku cuba belajar jadi isteri yg solehah dan baik sikit demi sikit untuk suami kesayangan.



TERIMA KASIH SUAMI 😍😍

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.”


terima kasih beri hadiah besar untuk hari jadi saya iaitu diri awakk untuk saya :')



story by NH :) at 09:11 0 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

search here ♥

self ♥

Owner Blog



AtieHayati
Johor Bahru, Johor
15th February
Smile, Happy, Ordinary girl ♥
a younger daughter ♥
Married to Fakhrur Hanafi ♥
Mummy to FH ♥

Let's be my Friends ♥

Twitter: @atieaquarius
FaceBook: Atie Hayati (Atiee)
Instagram: atieehayati

my life ♥

-Tadika Al-Ummah 1 JB
-SK Larkin (1) JB
-Sek Agama Kampung Kastam JB
-Sek Agama Bandar Baru UDA JB
-SMK Bandar Baru UDA JB
-Kolej Matrikulasi Johor
-Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
26th March 2009Daisypath Anniversary tickers

story ♥

  • ►  2019 (2)
    • ►  March (2)
  • ▼  2018 (8)
    • ►  November (1)
    • ►  July (2)
    • ▼  March (1)
      • 17 February 2018
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2017 (4)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
  • ►  2015 (10)
    • ►  October (1)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2014 (20)
    • ►  November (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2013 (29)
    • ►  December (1)
    • ►  November (4)
    • ►  October (1)
    • ►  August (7)
    • ►  July (5)
    • ►  June (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (28)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  May (8)
    • ►  April (3)
    • ►  January (5)
  • ►  2011 (17)
    • ►  December (5)
    • ►  November (7)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
Winnie The Pooh Glitter
memoryofmine. Powered by Blogger.