Alhamdulillah 25 Januari 2019 syukur ke hadrat Illahi dengan izinNya lahirlah putera kecil aku ke dunia.
Lahirnya si kecil pada hari yg mulia hari Jumaat pada jam 3.32pm di Hospital Sultanah Aminah JB.
aku dh jadi ibu kepada baby "FH". ehh mcm mimpi je? hahahha
saje nk share story . nnti boleh baca ingat balik memori indah lahirkan anak ibu.
tp aku mmg tak akan lupa laa pengalaman melahirkan nie, semua ibu ibu pun mcm tu haha
Alhamdulillah juga aku diberi peluang bersalin secara normal.
nak bercerita,
mula2 pergi HSA serah diri doctor check tak ada langsung bukaan.
masa tu dh pasrah dh kalau induce or last choice Czer.
tp kuasa Allah siapa yg tahu kan?
mlm sebelum nak kena induce pagi esoknya,
aku gosok2 perut pujuk baby n berdoa semoga esok baby makin turun dan ada bukaan utk ibu lahirkan awk secara normal.
esok pagi doc nk check bukaan sebelum induce,
Alhamdulillah 4cm, masa tu mcm nk nangis sbb tk perlu induce masuk ubat.
doc terus pecahkan air ketuban n masuk terus Labor Room dgn husband.
LABOR ROOM
aku masuk LR jam 10 pagi mcm tu lah then jam 12 tghri kena masuk air utk kerap contraction sbb aku tk ada rasa sakit mcm nature contraction.
dlm LR aku kena pakai alat utk monitor CTG jantung baby.
air ubat dos 1 aku tk rasa sakit, pastu doc bukak dos 2,
masa tu Ya Allah , hanya Allah je tahu rasa sakit contraction tu mcm mana.
betul ckp org, contraction amat amat sakit tk boleh di ungkap.
sampai contraction 5 min sekali tu, aku dh tak tahan sgt,
aku sampai pintal pintal tangan Fakhrur, tak boleh nk bercakap.
**masa ni aku nampak husband aku nangis masa aku menahan sakit**
setiap jam doc akan check bukaan.
sampai je jam 3 ptg doc check bukaan aku hanya 5cm.
masa ni husband aku ckp, doc dh ready isi form emergency Czer kalau ada apa2 berlaku sbb jantung baby dh makin drop...
bila doc tgok CTG, jantung baby dh 70.. doc pon nk check jalan rupa-rupanya aku dh nk bersalin sbb kepala baby dh nampak 😅😅😅
husband aku ada cerita doc tanya aku rasa mcm nk berak tak? tp aku jwb "tak,, saya boleh tahan lagi"
aku jwb tu dlm keadaan tk sedar sbb aku kena inject ubat tahan sakit yg amat mengantukkk hahaha.
so ko bayangkan menahan sakit + mengantuk yg nk tidur, mau tak senoneng kepala tuu.
ok sambung, lepas doc dh nmpk kepala baby tu, haa kau doc jerit semua nurse kelam kabut set up katil lampu semua sbb kepala baby dh nk keluar.
husband tengok kepala baby dekat bawah, dia kata nampak rambut baby.
masa ni ada la 10 org nurse yg bg semangat kat aku masa meneran.
"pushh, saya kira sampai 10 baru lepasss nafas"
dengan suara husband bg semangat "push sygg, push sygg"
husband pulak dia nangis tengok aku sakit bersalin 😂
Alhamdulillah tepat jam 3.32ptg, aku dgr tangisan baby dan doctor terus letak baby atas dada aku.
hanya "Alhamdulillah" aku mampu ucap dengan hilang semua segala kesakitan..
masa tu jugak aku dpt rasa husband aku terus cium dahi aku dgn airmata dia
*sedih pulokk dahh*
nak tahu lg satu story?
aku n husband tak pernah buat scan 3D, 4D, 5D, 6D utk tengok wajah baby.
sebab husband aku taknak tengok muka anak dia dulu.
dia nak tengok pertama kali anak dia masa doctor letak dekat dada aku.
betul lah, rasa excited nk tengok wajah anak masa lahir lain sgt bila kau tkpnh tengok wajah dia dlm kandungan,
bila dia dh lahir, aku tenung je wajah dia, ini lahh anak aku 9 bulan membesar dalam rahim yg aku bawa kesana kesini 😢😢
terima kasih abg teman syg dari mula syg berjuang sampai bersalin 💕💕